Wednesday, February 22, 2012

Tak Semua Hacker Tu Jahat

terima kasih pada Dragon Force yang berjaya melumpuhkan website murtad...saper kater hacker semuanya jahat...ni buktinya hackers jugak berJihad demi Agama Islam...terbaek..ikuti cerita mengenai mereka di MYdefacer yang berjaya menumpaskan website laknatullah ni..

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ mendakwa laman facebook (fb) yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura berjaya dilumpuhkan hasil kerjasama antara penggodam tempatan di seluruh negara.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog mydefacer.tk, mereka mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan perbuatan melampau pentadbir laman berkenaan.

Mereka mendakwa sudah dihubungi seorang penggodam bernama Tok Imam yang menyeru semua rakan- penggodam bekerjasama melumpuhkan laman itu.

“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ‘hackers’ Malaysia, akhirnya kumpulan biadab itu dilumpuhkan,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi walaupun penggodam sering dilabel secara negatif ada kalanya taktik agresif seperti yang dilakukan mereka perlu digunakan terhadap laman web yang berniat jahat.



dan ini ulasan mereka

Assalamualaiikum dan salam 1 malaysia..

Dilaman webs metro harian kecoh mengenai facebook group murtad in malaysia and singapore
selain dari metro, diradio ikim.fm juga bercerita mengenai isu yang sama.group yang melampau dan terlalu biadap itu menimbulkan perlbagai isu negatif terutama perkara perkara yang berkaitan mengenai islam.

Terutama sekali  pihak mydefacer bersyukur kepada allah swt kerana itu juga salah satu bukti kekuasaan allah.Kita sebagai umat manusia hanyalah sebagai asbab sahaja.

Walaupun terdapat pelbagai percanggahan mengenai hacker,now mereka telah membuktikan bukan semua yang bergelar hackers itu semestinya bersifat perosak,kadang kala perlu jugak bersifat perosak untuk membinasakan group2, atau site - site seperti ini..

Pihak mydefacer di pm oleh Tok imam untuk menyeru ramai hackers-hackers untuk men-downkan group kurang hajar itu.Alhamdulillah.. dengan berkat kerjasama hackers-hackers malaysia.. akhirnya group biadap itu berjaya didownkan..

Tidak lupa kepada yang membantu menjayakan misi ini walaupun terdapat sedikit perselisihan salah faham diantara hackers-hackers malaysia..
Credit kepada Tok imam, Macho aie, Dragon Force, Rilekscrew,Cat devilcode,Newbievilc0d3s,T3dimension, Phantom crews,Black Ops, cyber army,group kaki like, All Malaysia and muslim hackers, All malaysia repoter dan tidak lupa kepada team ,Myblog group blogger dan semua yang berusaha bersama-sama.. terima kasih.










 

Friday, February 17, 2012

Kisah Telor Temelang

pagi ni adik ak n cousin tido rumah pagi..after wife ak pegi keje..we layan PS3 dulu...dalam sejam baru teringat perut ni tak isi tank lagi..aper lagi menggelupur la g dapor..basuh beras pas nasi masak..ak mulakan edisi memasak nasi goreng kampung..pssstttt pakai perencah adabi jer....1st ak goreng sotong dulu..time nak letak jer telor...telor pertama normal..telor kedua.....aaaiiiiyyyyooookkkk telor temelang hitam..abis jahanam sotong goremg ak..seb bek tk letak nasi lagi..kalau tak naya..dah la beras wangi siam.....hahaha..finally pecahkan dalam mangkuk kat sink nk tgk yg lain ok ker tak..seb bek la lagi 3biji terakhir telor ok...hahahaa..selamat pagi :p

Thursday, February 16, 2012

Aku Suka Camera

entry kali ni nampak macam entry biasa jer..apa yang aku nak kupaskan kat sini adalah mengenai Lee Morris...apa yang best sangat tentang Lee Morris ni...seperti Photographer yang lain..kualiti gambar itu akan mengganbarkan pengalaman dan ilmu yang ada pada si pemilik DSLR...bayangkan Lee Morris ni menghasilkan sebuah gambar yang sangat menarik dengan hanya menggunakan IPHONE 3GS..

dengan hanya menggunakan camera Iphone 3Gs Lee Morris telah mengaburi mata-mata yang melihat gambarnya untuk di komen...moral tak semestinya camera power akan menghasilkan gambar yang sangat menarik..pengalaman dan ilmu adalah salah satu faktor utama..beikut adalah gambar yang dihasilkan oleh Lee Morris menggunakan Iphone 3Gs... p/s : aku pn nk try jugak lah


menurut Morris, perkara-perkara lain semasa sesi fotografi tersebut perlu diberi perhatian, seperti penggunaan model profesional, penataan cahaya studio, solekan dan dandanan rambut


Wednesday, February 15, 2012

Forex oooo Forex

haaaa..dulu ak suker jugak tengok perkembangan mata wang asing ni..tapi nak main forex ni aku mmg tk berani sebab risiko dengan tersangatlah tinggi...hari ni aku terbaca di paper yang forex ni adalah haram di sisi Islam...untuk keterangan dengan lebih lanjut aku selitkan sekali artikel berkenaan..

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


“Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam.


Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.


“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.


kepada kawan2 yang dah termain tu kalau dah baca artikel ni boleh la tarik diri :)

Simsimi

demam simsimi..hahaha..soalan semua di jawab sampai nak tercabut bulu ketiak..actually untuk blackberry cam bengong skit..kalau by iphone or ipod memang terbaek lah..hahaha..ni salah satu soalan yang dijawab oleh simsini..sure pak nil angin..hahahaa

Bufday Gurl esok....

hehehehe...esok bufday adik ku yg comel...tengah pikir nk celebrate kat mane..tiap2 tahun tak penah miss celebrate bufday dia..maklumlah sorang2nya adik perempuan yang kite org ada..dah la comel...ni la adik ku yg comel :) dah 8 tahun dah adik aku ni

Gambar - Gambar Hari Bahagia Ku

Susulan entry semalam..kat sini aku selitkan beberapa keping gambar wedding aku..jika anda berminat dengan pic tersebut..boleh la booking untuk hari bahagia anda.. http;//khairulfaizinphotographic.blogspot.com atau email ke khairulfaizinphotographic.blogspot.com


sesi bergambar ni di adakan di tengah - tengah bandar kuala lumpur..seb bek la muka tembok..hohoho.. neway thanks tu Official Photographer Khairul Faizin Photographic, Fizzal Photography, Bobby Fuego Photographer, FMP Photography, Ganu Photography yang byk sumbang idea n mendera aku dengan wife aku..anyway aku ngan wife aku enjoy..thanx all!!!