Wednesday, February 15, 2012

Forex oooo Forex

haaaa..dulu ak suker jugak tengok perkembangan mata wang asing ni..tapi nak main forex ni aku mmg tk berani sebab risiko dengan tersangatlah tinggi...hari ni aku terbaca di paper yang forex ni adalah haram di sisi Islam...untuk keterangan dengan lebih lanjut aku selitkan sekali artikel berkenaan..

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


“Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam.


Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.


“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.


kepada kawan2 yang dah termain tu kalau dah baca artikel ni boleh la tarik diri :)

No comments:

Post a Comment