Wednesday, February 22, 2012

Tak Semua Hacker Tu Jahat

terima kasih pada Dragon Force yang berjaya melumpuhkan website murtad...saper kater hacker semuanya jahat...ni buktinya hackers jugak berJihad demi Agama Islam...terbaek..ikuti cerita mengenai mereka di MYdefacer yang berjaya menumpaskan website laknatullah ni..

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ mendakwa laman facebook (fb) yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura berjaya dilumpuhkan hasil kerjasama antara penggodam tempatan di seluruh negara.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog mydefacer.tk, mereka mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan perbuatan melampau pentadbir laman berkenaan.

Mereka mendakwa sudah dihubungi seorang penggodam bernama Tok Imam yang menyeru semua rakan- penggodam bekerjasama melumpuhkan laman itu.

“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ‘hackers’ Malaysia, akhirnya kumpulan biadab itu dilumpuhkan,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi walaupun penggodam sering dilabel secara negatif ada kalanya taktik agresif seperti yang dilakukan mereka perlu digunakan terhadap laman web yang berniat jahat.



dan ini ulasan mereka

Assalamualaiikum dan salam 1 malaysia..

Dilaman webs metro harian kecoh mengenai facebook group murtad in malaysia and singapore
selain dari metro, diradio ikim.fm juga bercerita mengenai isu yang sama.group yang melampau dan terlalu biadap itu menimbulkan perlbagai isu negatif terutama perkara perkara yang berkaitan mengenai islam.

Terutama sekali  pihak mydefacer bersyukur kepada allah swt kerana itu juga salah satu bukti kekuasaan allah.Kita sebagai umat manusia hanyalah sebagai asbab sahaja.

Walaupun terdapat pelbagai percanggahan mengenai hacker,now mereka telah membuktikan bukan semua yang bergelar hackers itu semestinya bersifat perosak,kadang kala perlu jugak bersifat perosak untuk membinasakan group2, atau site - site seperti ini..

Pihak mydefacer di pm oleh Tok imam untuk menyeru ramai hackers-hackers untuk men-downkan group kurang hajar itu.Alhamdulillah.. dengan berkat kerjasama hackers-hackers malaysia.. akhirnya group biadap itu berjaya didownkan..

Tidak lupa kepada yang membantu menjayakan misi ini walaupun terdapat sedikit perselisihan salah faham diantara hackers-hackers malaysia..
Credit kepada Tok imam, Macho aie, Dragon Force, Rilekscrew,Cat devilcode,Newbievilc0d3s,T3dimension, Phantom crews,Black Ops, cyber army,group kaki like, All Malaysia and muslim hackers, All malaysia repoter dan tidak lupa kepada team ,Myblog group blogger dan semua yang berusaha bersama-sama.. terima kasih.










 

No comments:

Post a Comment